top of page

اللغة العربية المعاصرة
BAHASA ARAB
KONTEMPORARI

PENDAHULUAN
Kurikulum Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah mula diperkenalkan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1977. Apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan, kurikulum Bahasa Arab turut digubal semula selaras dengan keperluan pada ketika itu. Seterusnya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) mulai tahun 2017, menuntut Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) menggubal kurikulum Bahasa Arab yang merupakan kesinambungan daripada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan mengambil kira keperluan generasi baru serta sesuai dengan keperluan abad ke-21.
MATLAMAT
Kurikulum standard Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah bermatlamat memperkukuhkan kemahiran berbahasa murid agar kemampuan mereka dalam interaksi sosial dan akses kepada pengetahuan dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk sahsiah diri melalui pengamalan nilai-nilai murni.
OBJEKTIF
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) Kurikulum Standard Bahasa Arab peringkat menengah rendah berkeupayaan untuk:
1. Mendengar perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan berkisar perkara lazim baginya, memahami serta dapat memberi respons yang betul.
2. Bertutur dalam pelbagai konteks yang lazim baginya dengan sebutan yang fasih dan penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat serta perenggan yang betul.
3. Membaca pelbagai bahan yang ringkas dan mudah berkaitan perkara lazim baginya, memahami serta dapat memberi respons yang betul.
4. Menulis tentang perkara lazim baginya melalui penggunaan perkataan, rangkai kata, ayat dan perenggan yang betul.
5. Mengaplikasikan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.urikulum standard Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah bermatlamat memperkukuhkan kemahiran berbahasa murid agar kemampuan mereka dalam interaksi sosial dan akses kepada pengetahuan dapat dipertingkatkan serta dapat membentuk sahsiah diri melalui pengamalan nilai-nilai murni.
bottom of page